Selasa, 17 Mei 2011

kopi susu kambing

As-Salam...
Ramai yg mengaitkan hujan, sejuk dan lapar pasti akan berlaku pada masa yg sama. fakta tersebut mmg dpt dibuktikan pabila senja smlm yg mengundang hujan renyai². Perut Juha memberontak dgn ganasnya tatkala menunggu mlm menjelang. Sangkaan Juha utk dpt menahan kelaparan sehingga saat pulang ke rumah drpd ofis ternyata meleset.

Bila berlaku kejadian seperti ni, praktis biasa yg Juha buat ialah naik ke tingkat 3 dan mengaut segala jenis mcm makanan ringan yg masih ada. Mmg bdk² tingkat 3 mewakafkan mknan² ringan utk dikunyah bilamana kepala otak masing² dah tersumbat.

Hujan renyai juga membantutkan hasrat Juha utk merempit ke kedai mkn. Jam menghampiri 10 mlm. Shif utk hari ni akan tamat. Perut masih memberontak. Hujan? Ah...dah berhenti. Alhamdulillah...

Juha ditemani seorang kwn merempit ke destinasi mkn. Pelbagai serbuk minuman digantung di kaunter. Tak nampak kewujudan kopi susu kambing. Aiseh...kempunan laa mlm ni.

"Kopi susu kambing ada?" Juha masih lg mencuba nasib.
"Kejap...saya check..." brader ambil order cuba mencari.
"Yerp, ada" balasnya lagi.
"Cun, buat suam ye...nasi goreng kampung taruk telur mata" mmg rezeki Juha mlm ni.

Siap terhidang atas meja, rupa fizikal air kopi susu kambing menarik perhatian Juha. Bau lain, langsung tak sama dgn yg biasa.

Lapar bknlah penghalang utk membelasah sampai habis. Proses membayar akan berlaku.

"Kak, td saya order air kopi susu kambing. Lain sgt rasanya...betul ke tu air saya order?"
"Ha ah...betul la..."
"Boleh saya tgk yg mana?"
"Yg ni~ "
Kopi susu kambing dengan Spirulina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan