Selasa, 17 Mei 2011

kopi susu kambing

As-Salam...
Ramai yg mengaitkan hujan, sejuk dan lapar pasti akan berlaku pada masa yg sama. fakta tersebut mmg dpt dibuktikan pabila senja smlm yg mengundang hujan renyai². Perut Juha memberontak dgn ganasnya tatkala menunggu mlm menjelang. Sangkaan Juha utk dpt menahan kelaparan sehingga saat pulang ke rumah drpd ofis ternyata meleset.

Bila berlaku kejadian seperti ni, praktis biasa yg Juha buat ialah naik ke tingkat 3 dan mengaut segala jenis mcm makanan ringan yg masih ada. Mmg bdk² tingkat 3 mewakafkan mknan² ringan utk dikunyah bilamana kepala otak masing² dah tersumbat.

Hujan renyai juga membantutkan hasrat Juha utk merempit ke kedai mkn. Jam menghampiri 10 mlm. Shif utk hari ni akan tamat. Perut masih memberontak. Hujan? Ah...dah berhenti. Alhamdulillah...

Juha ditemani seorang kwn merempit ke destinasi mkn. Pelbagai serbuk minuman digantung di kaunter. Tak nampak kewujudan kopi susu kambing. Aiseh...kempunan laa mlm ni.

"Kopi susu kambing ada?" Juha masih lg mencuba nasib.
"Kejap...saya check..." brader ambil order cuba mencari.
"Yerp, ada" balasnya lagi.
"Cun, buat suam ye...nasi goreng kampung taruk telur mata" mmg rezeki Juha mlm ni.

Siap terhidang atas meja, rupa fizikal air kopi susu kambing menarik perhatian Juha. Bau lain, langsung tak sama dgn yg biasa.

Lapar bknlah penghalang utk membelasah sampai habis. Proses membayar akan berlaku.

"Kak, td saya order air kopi susu kambing. Lain sgt rasanya...betul ke tu air saya order?"
"Ha ah...betul la..."
"Boleh saya tgk yg mana?"
"Yg ni~ "
Kopi susu kambing dengan Spirulina

Sabtu, 14 Mei 2011

Imbas kembali

dah lama rasa tak menceburkan diri dlm pembacaan komik² lawak...bila teringatkan majalah bergenre lawak ni...yg masih segar dlm lipatan nota sejarah ialah majalah gila-gila...kemudian dilahirkan majalah ujang diikuti APO! dan seterusnya.

antara lawak kartun yg paling best ialah drpd hasil idea dan lakaran brader Lambok. jom ikuti satu drpd hasil lawak beliau yg membuatkan Juha gelak sampai tergolek...

p/s:sila klik imej utk zoom masuk v(^o^)v

[juha]


Sabtu, 25 Oktober 2008

Begitu mudah untuk mencari teman bergembira tetapi terlalu sukar untuk mencari teman berkongsi duka. Seandainya masih ingat bait-bait lagu Hijjaz tentang kawan. Dipaparkan di sini satu kisah untuk renungan bersama.

Terdapat tiga orang sahabat yang bersama-sama ke mana sahaja ketika dalam pengajian di kampus. Mereka menyertai sebuah persatuan yang sama.

Pada hari terakhir di kampus, masing-masing menyatakan hala tuju hidup selepas ini. Dua daripada mereka telah bersetuju untuk bersama-sama bekerja di Selangor. Namun, sahabat yang seorang lagi telah mengambil keputusan untuk kembali ke negeri sendiri dan bekerja di sana. Kedua-dua sahabat ini kecewa kerana sahabatnya ini ingin meninggalkan mereka dan seolah-olah apa yang dirancang sebelum ini adalah sia-sia.

Tiada siapa menyangka, setahun kemudian sahabat ini kembali berjumpa mereka dan menghulurkan bantuan setakat yang mampu. Kedua-dua orang sahabat ini malu dengan diri sendiri kerana berprasangka terhadap sahabatnya. Ukhwah mereka kembali bertaut lantaran kemanisan ukhwah yang dikecap. Kerana kasih sayang yang ada dalam diri mereka. Di mana sekalipun kita berada, sahabat tetap diingati dalam doa. Yang paling penting, ikatan yang dibina adalah kerana –Nya.

Kasih sayang merupakan asas kepada ketenangan. Islam sendiri menekankan konsep kekeluargaan sebagai asas tarbiah yang membolehkan terjalinnya ikatan kasih sayang. Sekiranya kita imbau kenangan lalu bersama teman-teman sudah pasti ia masih terpatri dalam ingatan sekalipun telah bertahun tidak berjumpa. Ikatan kasih sayang sebenarnya dapat menjana kekuatan ingatan. Sehubungan dengan itu, walau jarak memisahkan hubungan kekeluargaan dan ikatan persahabatan masih utuh.

Menyingkap kisah Nabi Yusuf wajar diambil iktibar oleh semua. Bagaimana Nabi Yusuf ditinggalkan oleh adik beradiknya dalam perigi. Ditakdirkan Allah baginda diambil oleh sekumpulan musafir dan dijual kepada raja Mesir. Baginda dianugerahkan kepakaran mentafsir mimpi. Melihat kepada kejujuran dan kepakaran yang ada pada Nabi Yusuf, raja telah melantik baginda sebagai Menteri Kewangan. Ketika memegang jawatan ini, baginda ditakdirkan bertemu semula dengan saudara mara dan kedua ibu bapanya. Lantas mengikat kembali ikatan silatulrahim yang sedia terjalin.

Dari kisah ini, Allah berfirman yang bermaksud :

“Maka ketika mereka membawanya dan sepakat memasukkannya ke dasar perigi, dan Kami wahyukan kepada Yusuf : Sesungguhnya kamu akan menceritakan kepada mereka perbuatan ini, sedang mereka tidak ingat lagi.” (SurahYusuf :15)

Bagi seorang ayah, bau badan anaknya masih segar di ingatan. Sepertimana firman Allah dalam Al Quran yang bermaksud :

“Pergilah kamu dengan membawa baju hamisku ini, maka letakkanlah ia ke wajah ayahku, nanti ia akan melihat kembali dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku. Ketik kafilah itu keluar (dari Mesir). Sesungguhnya aku mencium bau Yusuf, sekiranya kamu tidak menuduhku lemah akal (tentu kamu membenarkan aku).”
(Surah Yusuf :93-94)

Sungguhpun lama terpisah, ingatan Nabi Yaakub cukup kuat terhadap Nabi Yusuf iaitu anak kesayangnnya. Bagi Nabi Yusuf, perancangan negatif saudara mara ke atasnya masih segar dalam ingatan. Sirah ini memberikan petunjuk penting kepada kita dalam menjana kekuatan ingatan yang berteraskan hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Terasnya ialah perasaaan cinta dan kasih sayang, penyerahan diri kepada Tuhan dan kesediaan menempuh cabaran hidup dengan positif.

Dalam konteks kehidupan kita khususnya dalam persahabatan, adakalanya pertengkaran kecil pasti berlaku. Inilah yang mengeratkan lagi ikatan antara sahabat dan lebih mengenali diri masing-masing. Sekalipun ada hati yang terguris, lantaran kasih sayang yang wujud dalam diri berjaya menangkis segalanya. Kita akan memaafkan kesalahan sahabat kerana kasih akan sahabat. Ibarat manusia ini adalah satu anggota tubuh yang mana apabila salah satu anggota itu sakit, anggota lain pasti terasa juga tempiasnya. Jangan gadaikan sebuah persahabatan dek satu kesilapan